Wednesday, May 12, 2010

Info FEST1MA : Festival Makanan 1Malaysia

Festival Makanan 1Malaysia
FESTIMA 1Malaysia
(FEST1MA)

16, 17 & 18 Julai 2010

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
Kampus Khazanah Alam


Pengenalan

  • Makanan merupakan satu identiti bagi sesuatu bangsa. Secara tidak langsung, konsep 1Malaysia merupakan satu dasar yang telah digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak yang bertujuan untuk mewujudkan satu rumpun bangsa yang bersatu padu dan mempunyai sifat toleransi menerusi penerapan nilai-nilai murni ketimuran. Oleh itu, makanan yang sinonim dengan masyarakat Malaysia yang majmuk boleh membina satu jaringan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia
Objektif Program
  • Memperkenalkan cara yang positif untuk membentuk persefahaman dan perpaduan tanpa menyentuh isu-isu sensitif dalam kalangan rakyat Malaysia.
  • Menjadikan makanan sebagai satu medium perantaraan untuk memperkenalkan identiti sesuatu bangsa kepada satu generasi akan datang.
  • Menyokon usaha kerajaan dalam mewujudkan bangsa yang bersatu padu dan seterusnya menjana tamadun Malaysia yang menfokuskan pembinaan minda kelas pertama.
Anjuran Bersama
  • Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), UiTM Pahang.
  • Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), UiTM Pahang.
  • Persatuan-persatuan Akademik dan Bukan Akademik, UiTM Pahang.
  • Jawatankuasa Komander-komander KO, UiTM Pahang.

0 comments:

Post a Comment